sample project future city

NULEAR SUMBER ALTENATIF?

Kerajaan sedang merangka dasar tenaga nasional yang meliputi peraturan berkaitan nuklear yang dijangka dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan sebagai pilihan sumber tenaga di Malaysia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, kerajaan positif untuk menjadikan nuklear sebagai pilihan sumber tenaga bagi menggantikan sumber tenaga sedia ada seperti arang batu, minyak dan lain-lain lagi.

"Tenaga nuklear mengambil masa selama 10 hingga 15 tahun untuk dibangunkan di negara ini dan ia memerlukan kepakaran sumber manusia yang besar,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian di antara Institut Kajian Biosains dan Bioteknologi Korea (KRIBB) dengan Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp), Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) dan Ultimate Biotech Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Hadir pada majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif Biotechcorp, Datuk Iskandar Mizal Mahmood, Presiden KRIBB, Dr. Young Hoon Park dan Duta Republik Korea ke Malaysia, Yang Bong Ryull.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan tentang satu kertas Kabinet berhubung cadangan menjadikan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif yang dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Cadangan tersebut merupakan langkah bersama MOSTI dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Malaysia bercadang menjadikan tenaga nuklear sebagai sumber alternatif negara dalam penjanaan elektrik berikutan sumber tenaga minyaknya dijangka menyusut menjelang 2011.

Sumber tenaga lain seperti gas asli juga menunjukkan penurunan bekalan bermula 2018.

Pergantungan Malaysia terhadap lima sumber utama negara pada masa ini iaitu minyak, kuasa hidro, gas asli, arang batu dan beberapa sumber tenaga boleh diperbaharui, perlu dinilai semula.

Ongkili menambah, Malaysia mungkin melihat Korea sebagai salah satu rakan yang strategik dalam pembangunan nuklear.

Ini kerana negara itu mempunyai sumber manusia yang berkepakaran dalam bidang nuklear berbanding di negara ini.

"'Di Malaysia, kita hanya mempunyai 40 orang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang nuklear manakala di Korea mempunyai lebih 600 pemilik PhD dalam bidang tersebut,'' ujarnya.

Sementara itu, Hoon Park berkata, Korea membuka pintu seluas-luasnya kepada Malaysia untuk bekerjasama dalam bidang berkenaan.

Katanya, Korea berpengalaman dan mempunyai kepakaran itu selain berupaya menjadi rakan kongsi yang baik

No comments:

Post a Comment